Anda Suka Blog Ini???

Followers

Monday 20 February 2012

hepy birthday abah♥



18 Febuari 2012 genapla umo abahku Saban bin Tumadi 52 tahun....pejam celik, pejam celik jap jek umo semakin bertambah.....aku lihat garis2 halus,kedutan2 mula muncul diwajah abahku...x sanggup rasanye hati ni nak melihat wajah abahku yang semakin dimamah usia....pengorbanannye yg cukup besar dan juga bermakna padaku dan juga adik2ku....tak dapat ku balas segala jasa dan pengorbanan mu wahai abahku yang tercinta.....♥


saat tangan ni laju menaip butir2 ayat,saat tu juga laa terasa sayu dan sedihnye mengenangkan kepayahan abahku membesar aku adik beradik....daripada seorang pekerja penoreh getah,pekebun,pekerja buruh,penjual air ketika kakinya patah (accident), bekerja dgn org, akhirnya kini abahku boleh menarik nafas lega dengan kehidupan dia sekarang,atas berkat usaha,doa dan sembahyang yg tak pernah tinggal,alhamdulillah dia kini mampu membeli tanah,membuat rumah untuk anak2 dan juga bininya....abahku banyak berlajar dari pengalaman dia bekerja,dulu bekerja atau membantu orang berniaga dipasar lambak selepas itu dia mencuba untuk berniaga sendiri dan alhamdulillah ternyata usaha serta berkat kesabaranya mendatangkan hasil.....

aku sebagai seorang anak amat bangga dgn pencapaian abahku dalam usahanya untuk merubah keaadan keluarga kami dulu yang memang susah sgt2...dari rumah pondok durian,ke rumah papan,menyewa rumah orang,berpindah randah mencari keselesaan untuk anak dan juga bininya kini dia mampu mendirikan rumah yang amat selesa,rumah hasil dari titik peluhnya....

TERIMA KASIH abah sebab membesarkan kami adik beradik,menjaga kami dengan penuh kasih sayang,membesarkan kami dengan didikan agama yang secukupnya....Pengorbanan mu dan juga Jasamu tak dapat kami balas dengan wang ringgit.....sesungguhnya kami bertuah kerana menjadi anak2 abah....kami SAYANG abah.....♥♥♥


psssttt*** hargailaah orang tua anda yang masih ada,rajin2kan laa menjenguk mereka di kampung,kenangkan laa balik saat2 ibu bapa kita bersusah payah membesarkan kita....hargai mereka sebelum terlambat.....

♥Terima Kasih Daun Keladi,Kalau Suka LIKE laa Sekali♥

0 orang yang disayangi ♥♥ memberi comment:

Post a Comment

*Assalamualaikum..
*Tinggalkan Komen Anda Disni..
*Terima Kasih..